Merupakan salah satu sistem Yayasan Maghfirah yang akan menguruskan segala harta yang tidak halal kerana adanya nas yang sahih dan jelas tentang pengharamannya.
Allah SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan ) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
Hukum menerima sedekah atau hadiah daripada harta haram atau syubhah adalah diharuskan di sisi syarak. Ini adalah pandangan daripada salah satu riwayat Ibnu Sirin seperti yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali dan pandangan daripada Ibn Taimiyah (Rujuk: Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, hlm 201-202 dan Tafsir Ayat Ushkilat ‘ala Kathirin Min al-Ulama, hlm 596).
Boleh terus tekan button di bawah untuk pembayaran untuk berapa sahaja nilai yang ingin disalurkan . Setiap penyerahan sumber yang (harta haram) ini akan diproses di dalam sistem dan pemilik akan diberikan Slip Pengesahan Bayaran sebagai bukti serahan.
Tidak boleh digunakan untuk pelepasan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
duitharam.com menerima wang sumber yang tidak baik (harta haram) dalam bentuk bayaran melalui tunai, cek, kad debit dan kad kredit Islamik sahaja.
Maklumat berkaitan wang sumber yang tidak baik (harta haram) boleh didapati Talian Kami di +60 19-263 2494 (Puan Fadhlin)
Membina jalan raya bagi dimanfaatkan kepada orang ramai
Membaik pulih lampu sekitar jalan raya dan jambatan
Membaik pulih sungai
duitharam.com © Hak cipta terpelihara.